Tuesday, May 18, 2010

1999

Tiba tiba nak cakap pasal tahun tu kan. Okay. Bukan saja suka suka nak buat cerita. Ini cerita betul. Berjam jam fikir nak tulis apa malam ni. Dyra pun dah naik benci tunggu aku bila nak update.

Kenapa 1999? Ingat tak kalau time tu darjah tiga. Dulu time sekolah rendah. Kalau tudung tu lipat ikut muka pun tak apa sebab tak ada orang kisah nak tengok kita comel ke tak time tu. Kain kurung singkat sebelah pun tak kisah. Main kejar kejar sampai terkoyak kain pun apa ada hal. Darjah 3. Itu bukan yang sebenarnya aku nak cerita.

Darjah tiga tu jugak aku accident. Itu yang dekat dagu ada macam lipan sikit. Tiba tiba pulak. Bukan teringat. Kadang kadang lawak pun ada. Masuk sekolah tu darjah tiga jugak sebab pindah. Dan dan tu jugak la kenal Ahlam , Rabiatul , Wafa & Azmina. Okay yang Ahlam memang tak jumpa dah since lepas UPSR. Tahu dia masuk sekolah asrama penuh je. Rabiatul kebetulan jumpa dekat Driving School. Wafa tak jumpa tapi jumpa mak dia sebab mak dia berniaga dekat pasar area ipoh la. Azmina last jumpa darjah 3 sebab dia nak pindah rumah ke apa entah. Tak ingat. Ada jugak la kenangan dengan dia , ayah dia suruh bagi cokelat yang sakit tekak tu then kongsi dengan kitorang. Hahahaha.

Tiba tiba tadi Dyra bagi link blog Azmina. And i was like macam pernah tengok budak ni. Memang lambat pickup. Bukan sebab apa. Tengok gambar dia siap zoom apa semua, kat mana tengok dia ni ha ? Dalam kepala dah mula macam google map. HAHA. Bak kata orang tu tadi eh-ada-ke-google-earth ? =,= Dyra diam. Dah cam. Tu Azmina. Tak berubah muka kau dari dulu lagi. Aku tak pasti kau ingat aku lagi ke tak. Tapi aku memang ingat kau. Terima kasih Dyra bagi aku link tu.

Nasib ada facebook. Mustahil la kalau takde facebook sekarang ni. Budak darjah satu pun dah ada iphone boleh online facebook lagi. Aku terus add la. Tunggu laga. Kalau ingat lagi takpe la. Alhamdulillah. Tak sangka boleh jumpa balik. Kecik je dunia ni. KECIK kan. Bukan apa. Facebook tu konon konon boleh jumpa balik classmate yang tolong curah air teh atas kepala segala bapak la. Aku je yang malas nak kelik find friends tu. Nampak sangat aku tak ramai kawan. Kalau ada pun on off. sigh

Dah dah. Dyra cakap amboih panjang betul. Tak panjang pun. Cuma otak aku sempit sekarang ni sebab aku ada komplot. Bukan lagu nora zain komplot tu. Eh yeke. Tak kisahla. Janji aku jumpa Azmina balik. Hahaha. Tak terfikir pun nak cari. Kebetulan. Hope Azmina ingat aku lagi. Duduk satu Ipoh tapi tak jumpa. Dah la kalau dia ingat dia senyum. Dia tak ingat dia cakap siapa entah. Hahaha.


Perasan tak aku tak besar besar. Hahahaha. Darjah tiga je. Hoih Azmina aku memang belajar lagi. Harhar. Tapi bukan dekat sekolah. Dekat dekat Ipoh. Huahaha. Tak ah. Kat kolej. Jap kau baca ke blog aku ?

Morning world :)

2 comments:

Omaw Rozduan said...

aku tak suka 1999.
aku selalu kena buli kat skolah.
benciiiiii!

Najwa Amirah said...

Sama ! main main curah air --